Thursday, February 7, 2013

Masak memasak

I bukan tukang masak yang hebat. Tidaklah pandai  masak semua jenis benda. Kadang kala kena juga refer pada pakar. Setakat masak untuk family tu bolehlah. Panglima-panglima kat rumah tu, apa je yang i masak suka tak suka diorang kena la makan. Ada pilihan lain? Ada... Pergi makan kedai. Senang kerja mak kau. Haha..


Pengkritik paling melampau hebat pastilah Mr.Hubby. Serious mamat ni cerewet bab makan. Letih melayan dia sorang -___- Dia nak lauk yang di masak tu mengikut tekak dia. Atau lebih tepat lagi, mengikut cara bagaimana mak dia (my MIL) masak. Mak dia (my MIL) memang pandai dan rajin masak. Syukurlah dah menuntut dengan dia waktu tinggal bersama dulu. Dapat lah ilmu sikit nak bagi anak sulung cerewet nak mampos dia tu makan. Hehe.. 


Mr.Hubby punya deria rasa hebat giler. Terpedas tak boleh, termasin tak boleh, termasam pun dia dapat detect. Dia nak tiap kali masak, rasa mesti sama je. Kalau harini masak kari, mesti sama rasa cam kari minggu/bulan lepas. Hahaha.. Tapi bagus jugaklah secara tak langsung kita sebagai isteri mithali lagi anggun berseri sentiasa alert bab rasa tu semua. Takdelah janji siap je satu lauk. 


Tapi yang lagi hebat, complaint je yang Mr.Hubby pandai. Suruh masak, memang tak pernah dia buat. Ade lah goreng drummet dan goreng telur. Itu pun dah kecoh satu dapur. Pastu dia punya bangga goreng telur, macam baru lepas masak rendang tok. Chooiii! Cuba sesekali u masak untuk i pulak. Barulah rukun rumahtangga. Hewhewhewhew..


Ni lauk pauk yang i masak last week kot. Lupa sudah. Jumpa pic dalam phone saje nak tepek sini. Tengok la.. Tengok la... Hahahaha..



Kangkung goreng belacan, Sambal tumis sotong dan Kuah lemak telur dengan kentang dan carrot.



Kari ayam, Udang goreng dan stir fried broccoli with oyster sauce.



Dah. Tu je nak cerita.


Bye.







9 comments:

Miss Moon said...

alamak ......lapa terus bila tgk lauk lauk tew

tapi lagi terliur tgk mangkuk u yg gorjes tewwwwwwwwwwwwwww

rajin la cpm masak banyak2 lauk .

Ietams said...

sedap!

GOLD FINGER said...

ohsem..hot mama masak..caya larr

Hamsap Daddy said...

X sedap pun.. Lauk mamak lg sedap

C!kpuanmuda® said...

hamsap daddy: eyleh... u dengki.. hahahhaha

C!kpuanmuda® said...

miss moon: mangkuk murah tu. masalah i ialah, i tak reti masak satu jenis je. dia cam.. alang-alang masak ikut tekak semua. haha

C!kpuanmuda® said...

ietams: eh. mana tau? :p

C!kpuanmuda® said...

gold finger: hot pun kena masak gak. ahaks.

Heiladies Co. said...

klu camni memang cik abang sayang sokmo la ..