Friday, August 20, 2010

Hmm..

Nampaknya makin panas isu ni. Walau niat asal hanyalah untuk bergurau dengan hubby sendiri (bukan dengan hubby orang lain), nampak nya ada seorang umat lelaki ni tak puas hati sesangat. Tetap jugak nak suruh semua isteri jadi hamba abdi kepada suami-suami dan bukan menjadi peneman susah senang, suka duka.


Abang 'Just a blogger' (JAB) ni dah buat blog i macam blog dia sendiri pulak. Dia pulak yang tolong menjawab setiap apa yang korang komen. See? Banyak sungguh masa beliau kan? Maklum la.. Bini dah buat semua kerja. Dia tak tau nak buat apa jadi refresh je la page ni setiap 3 saat. hahaha. Seronok agaknya abang JAB ni baca blog seorang perempuan yang pada pendapat beliau patut menjadi gundik dan dayang kepada suami beliau nih. I wonder, kenapa abang JAB tak baca blog 'king-king' di luar sana ye? Kehidupan/menjadi king kan seronok.. leisure 24-7 kejap kang mancing, pastu main telor game.. Agak-agak dah boring, masuk forum pulak.. Bila boring atau dah kena maki kat forum masuk pulak blog/fesbuk. Lompat-lompat tengok blog/fesbuk perempuan-perempuan cantik anggun menawan sambil terliur pastu lupa bini sendiri yang tengah hamis comot melekit (yang) sedang mengemop lantai sambil suapkan anak makan tu.. Haih... Kalau semua lelaki macam ni, memang malang la nasib kita wahai perempuan..


Hahaha... realitinya abang JAB, tak semua lelaki macam you. You yang kena terima hakikat bahawa you tak cukup sempurna menjadi seorang lelaki apatah lagi suami kalau duduk rumah tiap hari, makan tido, main game, mancing, lepak dengan kawan, makan, tido, makan, tido, makan, tido.. Langsung tak membantu isteri. Abang JAB mahukan isteri superwoman yang sempurna yang boleh melakukan semua kerja tanpa perlu bantuan and at the same time look presentable dan juga mampu menjaga zahir dan batin abang JAB? Itu i faham.. Sape yang tak inginkan isteri/suami yang sempurna. Persoalan di sini... Adakah diri kita sendiri ini sempurna??? Sila ambil cermin besar dan suluh muka sendiri. Allah jadikan kita berpasang-pasangan dan saling lengkap melengkapi. Kekurangan kita, suami cover.. Kekurangan suami kita cover. Macam tu baru betul.. Kalau asyikkk kita nak cover kekurangan suami (yang 24 jam gemar goyang kaki) sedangkan kekurangan kita yang sedikit, suami bagi alasan untuk cari lain, adakah adil?


Readers... memang ada sesetengah individu macam abang JAB ni yang kurang kasih sayang... Maka beliau suka bila kita melayan komen-komen yang beliau berikan. Rasa diri disayangi gitu...


Oh... Lagi satu, i tak boleh nak access blog abang JAB ni. Uols boleh tak? Bukan apa..teringin  nak tengok life dia sebagai king kong itu... Teringin nak tengok muka isteri mithali yang betul-betul berkhidmat untuk suami tahap 6 bintang tu. Ohh.. Mungkin abang JAB ni pun gemar bersembunyi sebagai anyonymous yek... =) Peace abang JAB. Sayangilah isteri anda. Dia dah penat berkhidmat kepada bos/king tu, pergi la layan dia sebaik mungkin. Pekerja pun perlukan bonus jugak hujung-hujung tahun. Buruh kasar i tak tau la dapat bonus ke tak.



Dah. Jangan asyik baca blog hot mommy ni aje *grin*. Pergi tulis blog sendiri. Dah jadi keje plak aku nak melayan ko. Andropaus ke hape?? Huhuhu..



** Mak ado anonymous dari kalangan lelaki... Korang ado??



72 comments:

Byzura Mj (By) said...

hahah biarlah dia gila meroyan =D

jane_doe3328 said...

rasanya dulu pernah dengar ungkapan:

"jangan diharap isteri sesempurna Fatimah Az Zahra jika diri sendiri tidak seelok Saidina Ali"

C!kpuanmuda® said...

bai ~ dia mane bleh meroyan.. bersalin pun tak. :p

C!kpuanmuda® said...

jane doe ~ tekan button 'like' patplohpat kali.. huhu

Anonymous said...

Malas dah abang nak komen banyak lagi.. (walaupun mmg rasa nak komen banyak).

Kesimpulan yg abang nak bagitahu ialah sentiasalah membahagiakan suami. fyi abang tak kawin lagi, tgh mencari superwoman yg independent boleh jaga family dengan sebaik mungkin tanpa kenal penat dan komplen je 24 jam dalam blog.

kalau uols semua masih ego dalam hal ini. terpulanglah. tapi ingat, ada risikonya. jgn nanti tetiba dapat tahu suami cari lain sudahlah. dapat tahu takpe jugaks.. kalau tak dpt tahu? padan muka uols.

Anonymous said...

wakakaka....

gue bukan apa CPM, gue suka melawan kannn, superwomen memang gitu. terlebih berdikari...kihkih. tuh yg laju je menaip demi abang JAB. huihuihui

gue pun heran..ada gak lelaki masuk sini...ekekekeke

Anonymous said...

khas untuk abang JAB...

Kadang2 kita berdoa semoga Allah memberikan kita rama2 yang cantik.. tapi diberikan ulat beluncas yang menggelikan... Kita mudah untuk berasa keciwak, padahal jika kita menunggu sedikit masa lagi dengan penuh pengharapan, InsyaAllah beluncas itu akan bertukar menjadi kepompong dan seterusnya menjadi rama2 yang kita inginkan...

gue ambik dari blog nih http://ustazlove.blogspot.com/2010/08/minda-tidur.html

blogger tuh lelaki. haaa...bleh la abang JAB terima kot kata2 beliau. ekekeke

C!kpuanmuda® said...

JAB ~ oh... belum kawin?? ni kess air tak keluar la ni ye bang? kesian.. kalau begitu tak payah la susah2 ajar kami ni.. Pergi cari pengalaman dulu ok?? ingat.. kalau nak cari yang sempurna.. awak tu pun kena la sempurna... jangan sampai tak kawin sampai mati sudah.. gara-gara tak jumpa yang sempurna.. kahkahkah

nic ~ peminat i berbilang gender yewww.. hahah

C!kpuanmuda® said...

JAB ~ lagi satu.. lupe plak bang... tapi yang ai nak cakap ni agak cliche la bunyik nye....


"BLOG AKU, AKU PUNYE SUKE LA..."


ko tak suka baca orang mengadu/komplen2 kat blog, ko pergi la baca blog che' det. ilmiah sket

Anonymous said...

abang JAB, lelaki kan buless kahwin 4. nak padan muka buat apanya...Allah bagi,apalah daya kami2 nih nak melawan walaupun hati sedeyyy sikittt..sikitt jaaa..huihuihui.kalau dapat suami macam abang JAB nih, memang rela laa bagi abang JAB kahwin 4 pun.. ekekeke

Anonymous said...

tak kahwin lagi???? patut laa tak berapa bahagia. asyik komplen je. ekekee..sila kahwin dahulu ye. baru tahu kenapa suami2 rela je nak tolong isteri mereka. kannn CPM..dia tak tahu penangan wanita bergelar isteri lagi tuh...huwahuwa. sekian terima kasihh...hahaha

Anonymous said...

Buat jokes pulak ek. Alahai... bukannya abang taktau ada antara uols ni, laki uols dah cari lain pun kannn...

Unknown said...

oh tak kahwin lagi rupanya. patutlah~~ :P

Anonymous said...

alamak..salah link daa..

http://ustazlove.blogspot.com/2010/08/senjata-mukmin.html

maafkan gue ye abang JAB... ^O^

C!kpuanmuda® said...

OMG! laki ni sakit dowhhhh...

Anonymous said...

CPM..dengar ayat beliau "bukannya abang tak tahu.."..dia duduk sebelah umah CPM kot..ekekeek

sebelah umah gue bukan rasanya sebab sebelah tu omputih, belah depan korea, belah kiri jepun...ekekeke

sorry CPM..terlebih komen coz tak leh nak komen kat tempat abang JAB. huihui

Azrine Aziz said...

lerrrr abg jab ni ...patutlah meroyan jer....lum kawin rupanya...jgn mcm tu lah k...berblogging lah secara pro bro ! :)

::Farahliza :: said...

CPM i like ur answer... heheheh

Wuhuu Mommy said...

Utk makluman, saya seorang isteri yang bekerja. Hidup dunia skrg ni, gaji suami banyak pun tak cukup. Kami juga tak berbelanja sesuka hati, malahan boleh kira berapa kali saya beli baju saya utk tahun ni. Saya lebih banyak berbelanja utk suami, menggembirakan dia dari semua aspek.

Balik kerja pun dah pukul 6 lebih, masak mana sempat je. Suami saya pun tak rasa hilang kelakian utk membantu saya mana-mana yang patut. Mungkin abang JAB terasa hilang kelakian kalau membantu walau sedikit pun kerja di rumah.

Nasib baik-lah suami saya tak macam abg JAB. Dan saya yakin, suami CPM pun semulia dan seagung suami saya, yang tidak kisah untuk membantu isteri menguruskan rumah tangga.

Selamat mencari superwoman itu abg JAB. Tapi mungkin, kalau gaji abg JAB tu berpuluh-puluh ribu sebulan, mungkin bakal isteri abg JAB boleh jadi housewife superwoman yang berjaya.

Selamat berbuka!

Anonymous said...

sebab beliau nih sangat tahu..meh kita analisa beliau plak.

maybe abang JAB jadi macam ni sebab keruntuhan rumahtangga parents dia ataupun kakaknya dimadukan atau adiknya ditinggalkan. oleh kerana itu beliau bercita2 untuk memiliki sebuah keluarga sempurna..nope..ultra sempurna..wakaka

amacam, okay tak abang JAB?kalau salah, maafkanlah gue. kalau betul, nanti gue doakan abang JAB semoga dihindari dari sesuatu yg sia2..hari jumaat yg mustajab doanya, dan juga bulan nih bulan mustajab doa, penghulu segala hari dan penghulu segala bulan. ;)

sila aminkannn....amiiinnnn

C!kpuanmuda® said...

ataupun mungkin abang JAB ini tidak berkerja, wiggle balls je kat umah dan makan hasil bini??

pastu emo tengok kegembiraan orang lain.

adat berumah tangga hanya yang berumah tangga je LAYAK beri nasihat. kalau belum kawin tak payah la bagi nasihat yang bukan2. kang tetiba dapat pulak bini queen control. menjawab!

Anonymous said...

bravo to all girls..CPM, kalau ada yg buat onar lagi dan sangat tak rasional onar beliau,sila roger gue..ekekeke

gue nak gi the curve cari selimut tebal n beli barang nak masak. nak membahagiakan suami terchenta dengan makanan yg lazat, gebar yg gebu (guna duit sendiri ehh), seperti kata mommy delta. nih baru superwomen a.k.a isteri solehah.ekekeke

sib baik kita2 tak jumpa jodoh ngan abang JAB. huihui

adios. (tapi lepas masak, kalau ada permintaan, gue comment lagi...ekekeke)

Anonymous said...

Cikpuan Nic Helena, i rasa tak perlulah uols nak personal attack i. i pun takde personal attack mana2 individu sangat. cuma kesian sebenarnya kat uols ni yang mana suami cari lain senyap2.

abang minta maaf lah kalau mana2 pihak terkesima atau tersentap. abang faham pompan pompan sekarang (macam uols) ramai yang ego terlalu tinggi dan mahu suami join buat kerja rumah. tapi ketahuilah itu sudah melanggar nature of a man. lain lah uols kawin ngan si lembut.

takpe lah memandangkan ego ego uols tu terlalu mencanak2 tinggi nya, abang undur diri dulu lah year.. tapi percayalah cakap abang, walau pun abang belum kawin, tapi abang dapat kesimpulan ini dari ramai kawan kawan abang yg kahwin dgn bahagia dan juga dari yg cerai berai.

Tips for super strong marriage and happy family: isteri must be superwoman.. jangan lupa juga, syurga isteri terletak dibawah kaki suami. suami bahagia dan happy, confirm uols terjamin kehidupan kelak.

FaznFaz said...

Hai CPM, memula gelak jer baca sesorang, malas nak komen, tapi nie dah macam kena komen jugak jer.... OMGGGGGG..... mmg laaa si JAB nieh xder keje!!!! keje dok melayan komen ur entry jer.... usah duk layan laaa CPM mamat psycho macam nie.... nnt, hilang kejelitaan u stress dgn mamat belum akhil baligh nie.... i baca pun geram!!!! hishhhh!!!!

anyway, teringat waktu kat UNITEN dulu, ada my coursemate nih bgtau, bila kawen, nak carik cikgu jer, sbb keje separuh hari, leh layan laki punya makan pakai, bukan macam engineer yg asyik keje jer... pastu, siap cakap summore, cikgu cikgi nie senang nak buat loan rumah ngan kerajaan.... geram kan???? duduk rumah nak mengangkang jer keje, sumer isteri nak buat, lepas tue, nak beli rumah pun nak suruh wife yang buat loan.... melampau sungguh!!!

fo JAB, ko belum kawen, xyah laaa nak kerek2.... dah kawen esok baru cerita, kalu betul dpt superwife, congrats, kalu tak, PADAN MUKA!!!!!

ShilaShower said...

nasib laki mak tak begitu perangainya. tho prinsip hidupnya suami itu patut dihormati, hatta dia nak kawen 4 pun (kalau dia mampu zahir batin) tapi nasiblah idok gile kuasa begini.

masih ada perkataan macam considerate, give and take dalam hidup dia. plus perkataan sempurna tu tak wujud pun dalam mana2 manusia.

CPM, ni peminat susah mati tahap dewa kelapan you ke apa? ekekekekke. Chill lah, at least ado ko anon golongan laki2. ekekekekekke

C!kpuanmuda® said...

sudah lah.. sudah la.. walaupun si JAB ni asyik mendoakan suami kita semua mencari yang lain dan menduakan kita sebab kita ni tak cukup superwomen katanya...


marilah kita mendoakan agar beliau mendapat apa yang beliau hajati.. jangan dapat superman sudah. tetiba jadi gay sebab tak jumpe pompuan yang sempurna. eh.

Farah_W said...

membantu isteri buat keje umah melanggar nature of a man ke abg JAB???? aikkk...pelik sgt bunyinya....walaupun suami tu kene jaga anak kat umah kalau isteri sedang sakit or ada urusan penting yang memang tak boleh di elakkan???? gituuuu ke???? i rasa ianya tak melanggar 'nature of a man' langsung la....lagi mulia suami tu kalau membantu isteri diorg...bukannya kene paksa pun,mmg ikhlas....tak tau la kalau abg JAB nanti sanggup tgk anak u melalak sampai kene sawan dek kerana ego u sebagai seorg lelaki....hmmmm

fyez said...

mmg psycho tul mamat nih kan...dah² jgn layan org mcm ni...xde paedahnye...klau kita layan,dats mean kita pun perangai mcm dia...

dia x alami idup berumahtangga lg...dia mana tau...asik dgr cite kwn² je...itu psl la dia smpi skrg ni x kawen²...owhh..poor him....

fyez said...

http://www.gua.com.my/cinta/cinta-seks-kehidupan/10_Asas_Kebahagiaan_Hidup_Berumahtangga.html

=)

Anonymous said...

Ey FaznFaz, takde kena mengena keje cikgu ke keje ape ke dengan pompan jadi superwoman. Abang ada kenal ramai wife wife yg kerja full time (career woman), namun masih mampu jaga suami dan anak 100%. pompan camtu la abang nak carik. kalu takde abang rela tak kawin. dari kawin ngan uols yg tau komplen je buat keje umah ni.. tak sangguuppp... dengan secara tak sengaja dah mengaibkan suami sendiri tu!

ahhh ikut suke ahh uols... bagi nasihat degil.. taknak dengar.. lantak lah.. tunggu lah lagi 5-10 tahun uols kawin.. nyesal kemudian takde gunanya. dalam pengalaman kawan2 abang pun, banyak berlaku masa marriage tu berusia 5-10tahun... uols tunggu je.. kalau nasib baik, uols dapat catch.. kalau tak nasib baik, adoyai.. merana badan. bawak pikir pikir lah..

Anonymous said...

Farah_W, sekali sekala tu takpe la.. laki pun bukannya tak considerate langsung.. tapi uols kena take charge lah keje2 umah tuh.. jgn ngada2 sikiet2 nak suruh suami buat itu ini..

Farah said...

hahahhaa..sah mamat saiko..kesian.

yela tu memang tak cukup kasih sayang gamaknye..siap cakap suami2 kite ni tgh carik lain hahaha..apebende ntah..tau tak ape itu fitnah?..takyahla nak rosakkan umah tangga orang dengan tabur fitnah macam tu kalau yer pon niat tu nak menasihat.

kitorg ni bahagia je ha..laki kitorg pon bahagia..ko ape tau? ko kahwin pon tak lagi.

aku memang kesian la siapa yang dapat ko ni JAB.

NenetPenne (NP) said...

jantan yang cari lain tu sebab rasa diri dia tu sempurna walhal tak sempurna mana pun..alih2 dok gila kat janda sendiri...walaweyy...

nabi muhammad pun penah sinsing lengan baju tolong wife dia basuh pinggan mangkuk yer..

fruitted said...

abg JAB, nampaknya u kena stay single for eva la kalo nak tgu superwoman. sib baik hubby i sgt2 byk membantu i. kalo i dpt org cm u, confirm i yang mintak lepas dulu huhu! dah la baloq liat, lagi mau manyak komplen lalalalalaa~

kalo hubby i cari lain, i okay jea tarak masalah sebab i sedar kekurangan i.. takyah la nak pakai ayat **jgn nanti tetiba dapat tahu suami cari lain sudahlah. dapat tahu takpe jugaks.. kalau tak dpt tahu? padan muka uols** tu suma dah dibincangkan masa mula2 kawen dulu..

and FYI, suma pompuan adalah superwomen hokay sebab kami adalah multitasker aight!

C!kpuanmuda® said...

ehhhhhhhhhh... ada lagi abg JAB ni.. kata nak berambus dah.. dah 2-3 kali kata nak keluar. tup2 masuk balik sambung nasehat...

kang tak approve kang merajuk plak...

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

"fyi abang tak kawin lagi, tgh mencari superwoman yg independent boleh jaga family dengan sebaik mungkin tanpa kenal penat dan komplen je 24 jam dalam blog"

MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA
HAHAHAHHAHAHHAHAHHAHAHAHAHHA
HAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAH
HAHAHAHHAHAHHAHAHHAHAHAHAHHA
HAHAHAHHAHAHHAHAHHAHAHAHAHHA
HAHAHAHHAHAHHAHAHHAHAHAHAHHA
HAHAHAHHAHAHHAHAHHAHAHAHAHHA
HAHAHAHHAHAHHAHAHHAHAHAHAHHA
OOOOOOOOOOOO
MMMMMMMMMMMM
GGGGGGGGGGGG
!!!

NO WONDER laaaaaaaa...
such a LOSER rupe2 nye!!!

seriously, for all ur replies uve been publishing here JAB, one word best describe u...
LOSER!.........rupe nyeeeeeee...
;D

no wonder NO ONE (be it ladies, jantan, kunsa) tak interested in u!
that explained so well!
;D hahhaha

Emie. said...

wakakakkaaaaa

akak CPM, sumpah lawak la abg JAB tu!! wakakakakaaaaaa

''Abang ada kenal ramai wife wife yg kerja full time (career woman), namun masih mampu jaga suami dan anak 100%''.

abg JAB oiiiiiii, tang mane dtgnye 100% tu??? mane la ade manusia sempurna abg JAB oiiiii, tapi ramai yang cube menjadi yang terbaik untuk menjadi sesempurna mungkin.

ntah hapo hapo la abg JAB ni

TyMy said...

funny :)

marriage is about GIVE AND TAKE

and seem like abg JAB tahu pasal semua lelaki and anggap semua lelaki like him...pity u

Farah_W said...

Abang JAB,

Untuk pengetahuan u, kat umah saya...hsbnd saya yang basuhkan baju n sidai baju kitorg selama saya kawin ni...n he also dun mind kalau sometimes dia kene masak sendiri coz dia tau isteri dia tak boleh nak masak...it's all about give and take! saya rasa semua suami2 bloggers yg comment kat sini pun macam suami saya jugak pandai give n take ngan isteri dia....abg JAB belum kawin lagi so u tak tau the real world dlm berumah tangga....jgn based pada pengalaman rumah tangga org je abg JAB....lain org lain caranya,dan...takkanla kawan abg JAB tu nak cite semua pasal umah tangga dia pada u kan...mesti la dia cite yg best2 je.....selagi isteri tu tau tugas hakiki dia dan tidak membelakangkan suami dan suami juga setuju dan ikhlas membantu saya rasa takde masala....agaknya u je yg tak ikhlas bila bantu isteri u nanti

Aini Amir said...

adoiiii...abg JAB u mmg KELAKAR tahap dewa. mmg terkesima aku membaca komen dr mu. kak CPM & all blogerina u mmg rock r...

jap2...aku rs cm nak gelak sambil guling2

salzahari said...

terasa nak komen jgk..Mula2 rasanya biasa je,tp bila si JAB ni dok masih backing dirinya yg belum kenal rumahntangga yg betul(takat jd observer,bkn sama dgn mengalami sendiri), naik geram jugak!

kalau nak cari isteri yg tak komplen (jgn ingat yg tak komplen tu betul2 depa redha/ok,cuma maybe mls nak sentuh ego sang suami-kang kata byk complaint lak mcm JAB ni kalau jd suami-perggh....sian bini dia nanti), cari laah isteri robot! tade perasaan...tutup je mana2 suis bila rasa nak komplen. so dpt dgr yg indah2 je!

psgn yg baik adalah psgn yg saling meringankan beban antara 1 sama lain samada diminta/ tidak diminta! bkn sendiri je nak jaga, tp yg psgn tak peduli nak terbalik ke hape....Rasulullah sendiri membantu isterinya.

tak ingat hadith kaa apa,mmg tak termaktub pun tugas rumahtangga isteri WAJIB buat...isteri buat sbb naturenya suka menjaga hal rumahtangga.Adalah digalakkan sang suami menyediakan keperluan suami utk urusan rumahtangga jika mampu! mcm sediakan maid/ bantu sendiri supayaaaaaaaaa..........isteri ada masa utk anak2 dan hadap suami.Ada paham????

eizryn ezyrra said...

ape masalahnyer tolong isteri..berdosa ke??bukan ke tolong menolong itu amalan mulia lagi berpahale sesame manusia mahupon binatang..jji ikhlas..ok camni..kite back to the basic..ader tertulis ke dlm Al-quran tolong menolong isteri tu salah?..nabi kite suruh kite jadi king je ke antara suami isteri??..pastu JAB ni kate dia tau suami org lain dah cari pompuan lain..ape kejadahnyer sume tu..dia sebenarnyer abg nas melodi ke??

kepada JAB..sumpah lu kne blajar byk bende dari hubby tuan punyer blog..lu mungkin dah tua bangke..tp ilmu berumah tangge..lom tentu lu master..

waAllahualam..

Baiti Mustafa said...

saja nak mencelah...mintak ampun yer CPM kalau comment ni dah cam blog entry lagaknya..

alhamdulillah la suami saya tak berfikiran cam JAB..else pengsan la daku kat sini di perantauan, berstatus full time student ngan dua anak kecik yang sentiasa perlukan perhatian penuh!

fyi, we were dependant on maid seblum ke sini (hubby mmg goyang kaki and pinggan sendiri pon tak penah basuh apatah lagik mandikan and basuh berak anak). seblum ke sini i had my apprehensions..who knew that my husband could adapt and take on the full responsibilities of being a full time daddy? now he does the laundry, vacuuming, washing of the dishes, grocery shopping, 'maintenance anak' (mandi, suap, tidokan,basih berak/kencing etc) hantar anak and bini ke sekolah..masak jek masih i nye domain cos dia takleh nak take over..;)

i asked him, doesn't he mind? and his response was that he doesn't mind doing all this cos this is his sacrifice for a better future meaning "u tunggang terbalik la belajar takyah risau hal2 lain kat rumah".sikit pon takde rasa cam dia raja/king di rumah, takde pon rasa jatuh ego ke apa..

so JAB, ni nasihat ahkak yang dah kawen ni. marriage is not about someone menjaga makan minum pakai the other jek while the other goyang kaki main ps2, golf ke hapa..marriage is not about women rela hati jd slave dengan lafaz nikah or being a superwoman. it's about perkongsian hidup,..

termasuk juga berkongsi buat keje rumah..

zeratikah zainal said...

omgod.. this guy is so full of himself.
kalo nak carik superwoman, kene la jd superman dulu. ;p
kalo nak carik wife yang buat kerja 100%, kenela prepare everything 100% dulu. (tapi kalo dh dok mancing, main game, cmne plak tu?)
kalo nak carik wife sebaik siti khadijah, kenela peribadi macam Rasulullah.

btw, i dont know which part of "cpm saje2 bt entry nak gurau dgn husband die" that he didnt understand. poor u JAB. and u called urself abang?(terasa geli geleman)

berkata sesuatu yang realiti tapi tak disukai orang lain adalah mengumpat.
berkata tentang sesuatu yang tak diketahui (cth: laki2 korang tgh crik pmpuan lain) benarnya adalah fitnah. (sila rujuk buku ustazah siti nor bahiyah)

last but not least, kalau dah kate taknak komen lagi, ape kes si JAB ni masih komen lagi dan lagi dan lagi? u just cant let it go dont u.

huhu, terkomen pjg plak la CPM. ;)

Anonymous said...

aku lelaki..aku baca komen JAB.sangat pathetic okeh mamat ni.

Anonymous said...

hikhikhik

gue menaip depan juadah nak berbuka nih. ehh... gue masak sendiri tau bang JAB. 4 jenis lauk lagi. huahuahua

konklusinya, abang JAB dan rakan2 beliau yg beliau dok rukjuk selama nih, memang stok king kong kot.

career woman 100% jaga anak sendiri?? nak bagi hancing salah orang la nii..mananya jaga anak sendiri 100% kalau udah kerja ofis hour. tak pakai maid, sure hantar nurseri. tak pun suh mak mentua jaga, idak pun hantarrrr balikkk kampung. soooo...kekmano yg 100% nye bang JAB??kot la bakal bini bang JAB nanti bela hantu raya kaa....ekekekekekeke

ShilaShower said...

calon bini dia tu nanti bawak buaian anak letak dalam ofis. tak pun playpen ke apa. kwang kwang kwang. bila ada meeting buh baby dalam carrier, tak pun sling ke kot. =P Udah kata nak 100% kan

azileendasaleh said...

Emmm... tadi baca masa CPM baru post... then nie terbaca lagi..sakit pulak hati nie...

JAB, tolong lah respect all wives yang ada kat sini... tak semestinyer apa yg u fikir tu betul..kalau u tak boleh terima pendapat orang lain... tolong pegi jauh2...

I rank lagi tinggi dari husband...i tak pernah pun nak paksa dia salute i... even in uniform kalau jumpa we all still panggil abang-sayang...

Dia macho.. i tak tahu lah u nie macho ke tak. Dia banyak bantu i jugak kat rumah.... tak de nak suruh2... tu membuktikan betapa prihatinnyer abg macho i nie.. tak hilang kelakian dia pun...

just open up your mind!!

Lynda said...

nora..sejak bile ko bayar JAB ni jawab sume comment ko ni?hahahahah

Syima Syaz said...

JAB.... kamu ni hidup mesti boring/sangap gile sbb tak reti ape itu GURAU SUAMI ISTERI...eh lupa...kau tak kawin lagi...

Puan CPM dalam blog dia aritu...dia cuma 'bersenda gurau' dengan hubby dia lah sengal...kau ni emo lebih la bro....hubby dia pun tak bising, kau melatah cam nenek laks...kau igt sume lelaki pikir cam kau ke?nak cari 'perfect' pastu tak 'perfect' cari lain...kau ni spesies alien dow...firasat aku berkata kau ni mesti tak pernah ada gf pun, tu yang imagine lebih2 tu konon nak wife 'angel'

boring dow idup kau..sangap...!

(Sorry kak CPM...ayat cam minah rempit laks...emo skit ni..hehe)

Anonymous said...

Tudiaa.. ramai berjelanya uols menaip. abang JAB dah malas nak baca sebenonyer.. sikit2 tu abang baca jugak lah..kelako jugak deme deme ni. uols ni kan.. tgk cakap macam bagus.. tapi cermin2 la diri tu.. dah la aurat pun tak penah nak tutup.. lagi pamer2kan tubuh badan dalam internet fesbuk untuk semua orang tengok. kesian suami uols..

cpm, u kena kasi share income blog u niehh... ramai gile orang betandang klik kat blog nak melaser kat sini... dapat duit raya byk tahun nie cpm.. woohoo! bestnyerr..

Anonymous said...

Uols ni kalau abang JAB kata bodo kang marah pulak. 100% jaga tu maksudnya 100% jaga hal ehwal rumah la. Bukan 100% masa jaga. Time keje, dia pegi la keje. Time balik umah, dia buat 100% keje umah dan jaga anak2. Nampak sangat otak tu tak berkembang.. ye lah asyik hadap blog je.. menggosip je keje uols. pastu tambah cam whoring pulak. tambah dosa sendiri.

yang pentingnya si isteri menjaga hal ehwal suami dan anak2nya 100% bila ada bersama. suami tu just rilek je.. lepak tengok bola je ke.. atau gi main badminton ke.. futsal ke.. atau apa2 saja la hobi si suami tu dia dapat layan dengan best. itu lah tandanya si isteri a superwoman.

uols abang JAB tau, uols mmg akan backing suami masing2.. bagus la gitewww ek.. tapi kan.. uols kena faham nature of a man. kena ACCEPT it.. kalau suami cik cik puan semua mmg suka buat kerja rumah tu baguslah.. (tapi, abang JAB rasa diorang nie mesti something wrong.. mcm ada buat salah something, so nak cover up, instinct slalunya terus nak buat baik kat bini lelebih)..

oklah abang JAB nak gi semayang hajat kat uols.. supaya dibuka pintu hati supaya lebih banyak buat keje umah dan jgn bebankan suami... dan juga yg penting, ghenti ghentikanlah cam whoring. bawak2 la tutup aurat. pakai tudung saje pun tapi kalau pakaian tu ketat2 nampak lurah2 bentuk2 pun tak guna dee... (walaupun abang JAB enjoy jugak tengok2 isk isk)

Uols ni best la.. ada yang laser sakan, ada jugak bagi nasihat.. mmg kawan sejati cpm lah nie ek... bagus2.. keep it up.

eizryn ezyrra said...

sbenarnyer ko la yg tolong cpm dpt duit raye..huhu..aurat ke..ape ke..tu antara mereka ngan tuhan..yang sesame manusia ni ko ader jage ke JAB??..sian ko ni..mulut ngan punggong dah xder beza.. klau ko gud2 sgt confirm2 ahli syorga..bg email n name sebenar..teringin gak nak nengok..hahahaha

sebenarnyer..JAB ni nyah kot..tu yg lain macam uolss...

Anonymous said...

cpm, ikut suka i la i nak komen. lain kali kalau tak suka orang komen, jangan tulis blog. ape da... takde keje aku de nak tazkirah uols banyak2 pasal aurat dan beriak riak.. uols kan hot mommies yg have it all.. too big to follow God's rules... nak take care hal rumah 100% pun dah beramai2 hentam abang JAB... ego kannn...

selamat bersahur... ;)

muahhss hot mommas..

NORA ANSHAR said...

tak semua manusia tu sempurna. yang sempurna hanya Allah yang Maha Esa. get it JAB!! belum kawin, lagi mau ckp banyak.

C!kpuanmuda® said...

get a life la brader... tak payah la nak buat blog keinsafan kat bahagian comment blog orang lain.. gi buat blog sendiri gi.. pastu jangn lupe letak nuffnang. nanti u pun boleh raye sakan.


oh... tak payah la susah2 nak reply lagi cuz MY HUBBY kata, tak payah layan u and tak payah approve ur comment. u ni sakit. kesian u. kurang kasih sayang.

Fara said...

abang just a blogger, i dah lama cari calon suami macam u tauuuuu! i rela buat semua tu untuk u. kalau u kahwin dgn i, u masuk rumah banglo i lap kaki je, sebab semua nya i dah dah ada, maklum la, i ni andartu 50 tahun. eh i superwoman tau, head of department lagi.. meh kita jumpa, i tahu u la yang paling sesuaaaiiii untuk i. lagi satu bang, sampah pun u tak payah buang, sebab kita boleh suruh bibik buang...kita duduk je lah dalam bilik 24 jam...abang suka kannnnnnnn?

eizryn ezyrra said...

xbaik ckp dia kurang kasih sayang CPM..dia sbenarnyer kurang siuman..ubat dah abez..slamat hari raya..

miralatiff said...

First of all, abang JAB ni memang psycho..go get a life okay..Ko cari pompuan yang perfect (kalo ade utk ko)then kawen ngan die and experience dulu baru bagi nasihat kat we all yang dah banyak pengalaman ni..setakat bagi contoh kengkawan ko..aku pon boleh..tapi ko cari dulu pengalaman ko..biler dah terer baru join we all geng2 mak yang lebih bagus dari superwomen ni..

Second of all,memang syurga terletak bawah kaki suami..itu memang tak dapat di sangkal lagi..tapi tak nermakne suami tak payah respect hak2 isteri..nanti ko dah ade anak sendiri JAB, ko tau la pengorbanan isteri ko nak deliver anak ko..tu belum cakap pasal nak kena berjage malam, masak, jage makan minum ko lagi...

We all geng2 yang lebih bagus dari superwomen ni bukan nak merungut..tapi ape lah salah nyer kalau suami bagi sedikit penghargaan and kurangkan sikit beban isteri..kan lagi baik tu..

Since ko pon belum ade experience (ala2 belum mumayiz dalam dunia perkahwinan ni), ko tak yah nak cerita lebat kat sini..pergi main jauh2..shuuuh shuuhuhh

Unknown said...

O M G !!!! period!

Anonymous said...

Pergi kursus kawen dulu abg JAB ye,then dgr apa ustaz ckp..nak superwoman g kawn dgn robot sbb lumrah manusia mmg akn penat...tugas isteri hanya melayan suami,melahirkan dan menjaga anak sahaja.,kerja2 rumah seperti masak dll adalah tugas suami..tugas tu semua xwajib isteri buat..sekiranya isteri buat..isteri dpt pahala..g lah rujuk kat ustaz dulu baru buat statement ye..tq

Anonymous said...

Uols ni kalau abang JAB kata bodo kang marah pulak. 100% jaga tu maksudnya 100% jaga hal ehwal rumah la. Bukan 100% masa jaga. Time keje, dia pegi la keje. Time balik umah, dia buat 100% keje umah dan jaga anak2. Nampak sangat otak tu tak berkembang.. ye lah asyik hadap blog je.. menggosip je keje uols. pastu tambah cam whoring pulak. tambah dosa sendiri.

(otak tak berkembang??? beliau yg otak tak berkembang. belum kahwin tapi asyik berangan hal ehwal orang dah kahwin. kesiannn..angan2 beliau panjang sangatt...to bru bodoww ehh)

(cehh..konon tak character assasin la sangat...wakakakaka...orang tu nak cam whore pun beliau kecoh..huwahuwa)

yang pentingnya si isteri menjaga hal ehwal suami dan anak2nya 100% bila ada bersama. suami tu just rilek je.. lepak tengok bola je ke.. atau gi main badminton ke.. futsal ke.. atau apa2 saja la hobi si suami tu dia dapat layan dengan best. itu lah tandanya si isteri a superwoman.

(wakakaka...hadap sangat laa nak main games bila beliau dah kahwin nanti...apa sekarang nih tak enjoy kaa hidup?? dah kena ikat ngan gf kaa?? gf asyik merengek2 sebab tu yg riso sangat nak kahwin kottt. gf tak superwomen ropanyaaa..wakakaka)

uols abang JAB tau, uols mmg akan backing suami masing2.. bagus la gitewww ek.. tapi kan.. uols kena faham nature of a man. kena ACCEPT it.. kalau suami cik cik puan semua mmg suka buat kerja rumah tu baguslah.. (tapi, abang JAB rasa diorang nie mesti something wrong.. mcm ada buat salah something, so nak cover up, instinct slalunya terus nak buat baik kat bini lelebih)

(dah orang lelaki selain dia plak yg something wrong some where...wakakaka

dia serius by book la jadi lelaki. tak luas pemandangan lagi kot. tu yg dok pandang ikut pengalaman kawan2 lelaki dia yg pathetic semua tuuuu...wakakaka)

ating said...

hye.. i baru jumpa blog ni...


nice one..

motip JAB ni?.. ignore jer die.. anggap seperti


"anjing menyalak bukit"

ada pantun untuk JAB:

buah duku buah nenas, dahlah bodoh bikin panas..

daaaa....

. said...

CPM i nak sajes u invite JAB jd contributor dlm blog u sbb dia byk masa...ahhaahah.. nanti satu hari dia leh contribute 10 entry sehari on how to become a king kong, wiggles balls n what not

KS said...

aku hanya mampu tergelak aja dengan perangai lelaki mcm ni.

dah cpm, jgn approve komen dia. approvekan saja yg kutuk2 dia. mesti menggelupur dia tak boleh nak reply haha.

Unknown said...

To my dearest abg JAB,

Get a life, get a wife!

Hanis Haizi said...

aiyo mcm2..... hihih sampai jd isu hangat yeee

harnidahussin said...

Hi CPM, i am just a silent reader..but tiba2 terdetik nak komen sini..actually bukan tugas bini wat keje umah tu..keje bini hanya layan suami, jaga harta dan maruah suami..sbb tu org arab kalau kawen diorang sediakan maid utk bini diorang..if bini penat wat keje umah,mana larat nak layan suami kan? dalam hadith x der pun cakap tugas bini wat keje umah..itu tanggujawab bersama..sedangkan nabi pun tolong isteri dia di rumah..inikan kita yg tak mampu di bandingkan dgn org semulia baginda..

if brother JAB nak cari superwoman..mmg susah la sbb kalau wanita dah sgt berdikari wat semua sendiri, baik dia mebujang jer daripada kawen kena jadi kuli..membujang pun semua kena wat sendiri apa..takler se stress menjadi kuli..

btw, hubs i pun wat keje umah tolong i..rasanya dia wat lagi banyak dari i..dia basuh tangan baju sendiri everyday..dia iron baju sendiri every day..dia gi pasar every week..dia yg cuci toilet..minta tolong apa2 if kita tak larat dia akan tolong selagi dia larat..pernah tanya dia tak kisah ke wat keje ni? dia kata dia dah biasa sebab dia tinggal dgn parents yg dah tua..dia taknak bebankan parents dia dgn keje2 ni..dari dulu dia wat sendiri..sampaila dah kawen..

for me..suami macam ni yg paling i hargai daripada suami yg berlagak king tu..sorry..panjang lak..

Sheriffa aka Mrs. Zheng said...

Mamat tuh dah start buat blog sendiri dah....punya la x puas hati cpm x approve komen dia... caya lah CPM..like ur style

Filla said...

AKU PON NAK JUGAK CKP 'OMG!!!!'..ko ni JAB saiko ker aper? nak sound2 pasal aurat plak..ni dah lebeyy nie.ko dok sibuk org tayang aurat kat fesbuk kat blog.. YANG KO PEGI GATAL2 SKODENG BLOG HOT MUMMIES MCM KITORANG NAPER???? pegi lahhh dok kat surau sana buat amal ibadat..BENGONG SIALLLL...

Anonymous said...

walaupon sy SUPERWOMAN sy xsuka lelaki JAB tuh untuk dibuat laki.ahahahaha.apekah.

wahai JAB. memangla tu tugas perempuan. tp untuk meringankan beban yg kebanyakan istri skang bekerja.lelaki kena la tolong menolong.bukan suruh buat 100%.tolong jek. xpaham baso kot.

n kalau lelaki x pandai buat, xminat nk buang tryla find sumthin yg bole ringankan beban.cotoh macam bawak anak klua time istri nk mengemas or masak.n most important is jgn BUAT SEPAH. so istri xbanyak keje sgt.ada paham.

apekes la JAB ni. xpaham kot die ni.malas betol.hahahaha

Annasue'G said...

gile pathetic! selalunye fitrah lelaki2 normal, die takkan layan bende2 comment2 yg remeh temeh mcm ni semua. tatau la awak ni jenis lelaki yg nakkan attention mcm ni ke ape. please la jgn buat lawak lg.

bile u dah dah kawen dgn sorg superwoman dan bahagia dalam ur marriage dalam 2,3 thn pon cukup la, baru dtg comment balik.

kalo betul u dah dpt isteri yg superwoman, mmg i salute.