Monday, March 25, 2013

Ke pusat hiburan bersama anak-anak.

Ngeri gak letak tajuk gitu kan? Pusat hiburan? Cam selalu dengar kat rancangan tv 999 tu. Hakhakhak...


Tak lah.. gila ke apa nak bawak bebudak gi club. Mak pun suci murni tak pernah pergi tetiba nak bawak anak pergi? Apa kau dah gila? :p


Playland lah.. Pergi playland. Ni pic last month kot. Tengok kat bahagian draft dah ada pic ni. Jadi marilah kita bercerita lebih lanjut.


Dah nampak bujang anak haku. Pose kat depan Machines dengan harapan daddy belikan iPad mini. Kids nowadays... iPhone, iPad, iPod masih tidak mencukupi
 -______-


Ke Setia City Mall playland. Takde lah besar sangat.. Ok la jugak. Kang kalau besar sangat kang, mau rabak poket nak melayan anak-anak. Kecik cenni pun berpuluh gak habis. Zaman sekarang RM 50.00 cam 5 hengget je. Haihhhhh.




Nak ikutkan, Danish memang tak hingin langsung nak naik rides tak mencabar camni. Tapi dia cool layan adik. Macam ni lah abang yg kita cari. hakhakhak..




Tengok. Muka dia boringggg je.. Adik yang beria. Hahaha... Nasiblah anak... Nak buat cane, takkan mommy pulak nak duduk dalam tu. Tak muat montot mommy ni :p



Ni memang Danish suka.. Feeling-feeling bawak katebang. Ryyan jadi passenger. Pegang kiri kanan. Tak yakin ke pada tahap kebolehan abang awak mengendali katebang ni? 






"Pegang kuat-kuat Ryyan! kita nak berlepas.. Bersedia!"





Anak saya. Bakal juruterbang =D





Yang baju merah ni pun anak saya juga. Dia kata, dia nak jadi PM. Harap PM = Perdana Menteri lah ye nak. Bukan Production Manager. Hewhewhew
















Dapat!


Selesai main kat playland dalam mall tu, keluar pulak ke playground. Sambung lagi main sampai pitam.




Ramai orang kat sini malam-malam layan anak main. Meriah! Takde la berlengas badan sebab malam, tak panas. Angin sepoi-sepoi bahasa gituu..







Bosan tunggu anak main, marilah kita kemho sekali dua :p





™



4 comments:

Izwa Kamaruddin said...

seronok nyer :)

Diyanazman said...

perlu ke taruk gambar yg last tu? #saja dengki

C!kpuanmuda® said...

mrs eady: kids la seronok.. mommy boring. hahaha

C!kpuanmuda® said...

diyana: ah kau... aku dengki dengan perut kempis kau tu.. hahahaha